[BERITA] - Rumah Kedua Pilihan Krew Ketuk-Ketuk Iftar Ramadhan (KKIR)


Nasi Tomato dan Ayam Masak Madu jadi pilihan
Mansurah, 18 Ogos 2011 – Program Ketuk-Ketuk Iftar Ramadhan (KKIR) yang kedua telah berjaya dijalankan dan rumah yang terpilih pada kali ini ialah kediaman milik saudari Nur Kaswani Isa, pelajar tahun 3 (konvensional). Beliau dan sahabat-sahabat beliau sangat berbesar hati dan berbangga apabila dikunjungi oleh AJK KKIR yang kedua.

Menu menarik yang disediakan pada kali ini ialah Nasi Tomato dan Ayam Masak Madu yang membuatkan mereka tidak sabar untuk berbuka. Setelah azan Maghrib berkumandang, kurma dijamah terlebih dahulu dan diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah. Seusai solat, sesi menjamu selera dan ramah mesra bersama tuan rumah dan saudari Fatimah binti Mohd. Fauzi turut hadir selaku wakil AJK PCM. Sedikit penerangan mengenai objektif program dan aktiviti-aktiviti IHRAM ‘11 telah dibuat oleh AJK IHRAM yang terlibat.

Krew KKIR menyerahkan plague kepada tuan rumah

Sebelum berangkat pulang, plague Ketuk-Ketuk Iftar Ramadan telah diberikan kepada saudari tuan rumah sebagai kenang-kenangan. Pihak mereka juga berterima kasih serta mengalu-alukan kunjungan daripada pihak IHRAM pada masa hadapan.

Jadi, 2 buah rumah mahasiswi Mansurah yang bertuah telah diziarah oleh AJK Ketuk-Ketuk Iftar Ramadan. Bagaimana dengan KKIR yang ketiga? Anda rasa anda cukup bertuah? Nantikan krew kami untuk mengetuk pintu rumah anda!

Disediakan oleh,
PUTERI NUR SYAZWANI BT RADZIN
Timbalan Pengarah,
Program Ketuk-Ketuk Iftar Ramadhan - IHRAM ‘11,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 10/11.


Tags: , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment