[BERITA] - Singgah Sahur Versi Mansurah

Wakil PCM 2010/11 membawa juadah untuk bersahur di rumah ahli

Mansurah, 17 Ogos 2011 - Unit Pengisian IHRAM ‘11 PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) telah menganjurkan program “Singgah Sahur” yang bertujuan untuk mendekati ahli PCM dalam masa yang sama mengeratkan ukhuwah sempena bulan Ramadan ini.


AJK IHRAM'11 mengejut tuan rumah untuk berbuka bersama

Program ini melibatkan AJK PCM turun padang dan dibantu oleh AJK IHRAM ‘11 yang berusaha untuk memastikan bahawa pimpinan mereka sanggup bersama dan berbakti secara praktikal untuk bermasyarakat. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menggalakkan mahasiswa sains kesihatan bersahur sesuai dengan saranan Baginda Nabi s.a.w :

Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan

bersahur itu akan beroleh keberkatan.” (al-Bukhari dan Muslim)

Program ini disasarkan khusus buat mahasiswa PERUBATAN Cawangan Mansurah yang terpilih yang menjalani ibadah puasa di Mansurah ini. Program bermula jam 2.30 pagi dan berakhir dengan penyerahan cenderahati daripada Unit IHRAM ‘11 dan AJK PCM kepada ahli rumah bertuah yang disinggahi. Peserta dibekalkan dengan makanan sahur yang ditaja khas oleh Unit IHRAM ’11 PCM.

Wakil PCM 2010/11 menyatakan tujuan hadir ke rumah

Aktiviti seperti ini diharapkan dapat mengeratkan lagi tali ukhuwah Islamiah disamping membuka jalan kepada mereka yang ingin menyumbang di bulan Ramadan untuk program ini. InsyaAllah, pada minggu seterusnya Unit IHRAM ‘11 PCM bersama para pimpinan PERUBATAN Cawangan Mansurah sekali lagi akan menganjurkan program “Singgah Sahur” di rumah-rumah yang terpilih. Nantikan kami!

Pengerusi PCM 2010/11 menyerahkan plague kepada tuan rumah


Disediakan Oleh,

NUR ILAHI BIN RAMLI

Unit IHRAM ’11,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2010/11.



Tags: , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment