[Kenyataan Rasmi] Penangguhan Program ADINDA '11


Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir
P E R U B A T A N
Taqwa, Syifa', Rahmah
Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Segala syukur kepada Allah atas nikmat iman, Islam dan bulan Ramadhan yang dikurniakan. Selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Nabi Muhammad SAW.


Sepertimana yang kita semua telah maklum, PERUBATAN telah merancang dan bakal menganjurkan program ADINDA 2011 pada 13 hingga 15 Ogos ini. Program di bawah kelolaan PERUBATAN Cawangan Tanta ini merupakan yang pertama seumpamanya, dan bakal menyajikan pelbagai aktiviti dan pengisian menarik khusus untuk serikandi-serikandi PERUBATAN yang berada di Mesir sepanjang cuti ini.


Namun, memang manusia cuba untuk merancang yang terbaik, tetapi perancangan Allah sudah semestinya yang terbaik dan mengatasi segala-galanya.


Disebabkan beberapa masalah yang tidak diduga dari sudut gerak kerja dan kewangan, Panitia Perancang PERUBATAN bersama-sama pihak pelaksana ADINDA 2011 telah bersepakat untuk menangguhkan program ADINDA 2011 ke satu tarikh yang belum ditetapkan.


Keputusan ini diambil setelah mengambil kira pelbagai faktor demi kemaslahatan dan kebaikan semua pihak, baik di peringkat PERUBATAN, Jawatankuasa Pelaksana Program, mahupun peserta dan ahli PERUBATAN.


Harapan PERUBATAN agar keputusan yang diambil ini diterima oleh semua pihak dengan redha, dan mempunyai 1001 hikmah insyaAllah. Marilah kita sama-sama berdoa, moga-moga segala masalah yang timbul dapat diatasi kelak.


Sekian dimaklumkan, wassalam warahmatullah.



Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati,
At-Taqwa As-Syifa Ar-Rahmah




Ahmad Ibrahim bin Yahaya

Timbalan Presiden 1
Ketua Panitia Perancang
PERUBATAN Sesi 2011/2012

Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment