[BERITA] Bengkel Adobe Photoshop Berjaya !


Mansurah,25 Ogos 2011- Buat pertama kalinya Unit Penerbitan dan Penerangan PERUBATAN Cawangan Mansurah (UPP PCM), telah menganjurkan Bengkel Adobe Photoshop yang diadakan selama sehari di Darul Rahmah dengan bertemakan 'Imagination, Creativity and Excellence (ICE)'. Antara objektif bengkel ini diadakan adalah untuk melatih lebih ramai lagi mahasiswa dan mahasiswi Mansurah agar mahir dalam bidang multimedia. Seramai 20 orang peserta telah mengambil bahagian terdiri daripada 8 orang siswa dan 12 orang siswi. Setiap peserta diberikan dua buah buku nota ringkas mengenai Adobe Photoshop.


Selepas sesi pendaftaran tamat,bengkel ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Bengkel Adobe Photoshop ,Saudara Muhammad Fawwaz Aizat bin Sa’ari dan wakil AJK PCM, Saudara Mohammad Iskandar Bin Sa’uadi dan seterusnya beliau merasmikan bengkel yang berlangsung selama sehari itu.


Slot pengisian untuk bengkel kali ini mendedahkan konsep basic, designing and editing yang boleh diaplikasikan dengan perisian Adobe Photoshop. Sesi pengisian bengkel dimulakan dengan pembentangan perkara asas oleh saudara Muhammad Aizat bin Mohd Sofian. Beliau telah menunjukkan maksud simbol-simbol yang terdapat dalam perisian Adobe Photoshop. Pengisian perkara asas berkaitan Adobe Photoshop berlangsung lebih kurang satu jam setengah.

Kemudian diteruskan pula dengan pembentangan Designing yang disampaikan oleh saudari Farah Hamizah binti Kamran. Beliau mengajar para peserta cara-cara untuk menghasilkan sebuah iklan yang lengkap menggunakan perisian-perisian yang terdapat dalam Adobe Photoshop.

Selepas slot pembentangan Designing selesai, bengkel diberhentikan sebentar untuk memberi peluang kepada para peserta dan AJK pelaksana untuk menunaikan solat Zohor dan berehat.

Slot pengisian terakhir iaitu pembentangan Editing yang telah dibentangkan oleh saudara Muhammad Fawwaz Aizat diteruskan. Beliau telah menerangkan cara-cara untuk meng’edit’ gambar-gambar yang diambil agar menjadi lebih menarik.Kelihatan beberapa peserta berasa teruja dan gembira semasa sesi ini dijalankan.

Bengkel ini diteruskan lagi dengan sesi latihan. Semua peserta diminta untuk menyediakan contoh iklan untuk Bengkel Adobe Photoshop dan diberi masa selama satu jam 45 minit untuk menyiapkannya.

Pelbagai ragam boleh dilihat dalam kalangan peserta. Setelah itu semua hasil kerja setiap peserta dibentangkan. Dua orang peserta dari kalangan siswa dan siswi telah terpilih sebagai pencipta iklan terbaik. Pemilihan kertas kerja terbaik ini telah diadili oleh ketiga-tiga pembentang yang menyampaikan pengisian bengkel.

Bengkel ini telah berakhir selepas sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang. Kelihatan para peserta berasa berpuas hati dan berharap bengkel ini akan terus diadakan lagi pada sesi akan datang agar dapat melahirkan lebih ramai lagi orang yang mahir dan pakar dalam bidang multimedia.




Disediakan oleh,

SITI NOR AISHAH BINTI SAMAUN
Setiausaha,
Bengkel Adobe Photoshop
Unit Penerbitan dan Penerangan
PERUBATAN Cawangan Mansurah
2010/11
Ilmuan Berbakti Teguh Sehati

Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment