[BERITA] Riang Ria Raya Mansurah 2011


Mansurah,30 Ogos 2011 ; Keberadaan mereka di perantauan tidak menjadi penghalang untuk mahasiswa dan mahasiswi Universiti Mansurah untuk meraikan Aidilfitri dengan meriah seperti di tanah air. Buat pertama kalinya Solat Sunat Aidilfitri ditunaikan di Masjid Amin,Syari’ Ahmad Maher, berserta khutbah berbahasa Melayu yang disampaikan oleh saudara Ahmad Azizi bin Md Jusoh sendiri, yang juga merupakan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Mansurah sesi 2010/11.

Agenda seterusnya iaitu Majlis Jamuan Riang Ria Raya Mansurah 2011 telah berlangsung di 2 lokasi berlainan. Bagi mahasiswa bertempat di rumah Vistana Al-Fateh,Syari’ Hassan Said manakala mahasiswi pula di rumah saudari Fatimah bt.Mohd.Fauzi di Syari’ Galaa.Majlis dimulakan pada pukul 11 pagi dan antara juadah menarik yang menjadi santapan hadirin ialah Mee Rebus,Rendang Ayam,Nasi Himpit beserta Kuah Kacang dan beberapa jenis biskut raya.


Syantah berisi duit raya, kuih raya beserta kad raya telah diberikan kepada 150 orang yang terawal. Hadirin yang terdiri daripada pelbagai tahun pengajian dan program, hadir dengan berbaju raya yang berwarna-warni menambahkan lagi keceriaan pada hari ini dan masing-masing tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama dan menandatangani Kad Raya Mega yang telah disediakan sebagai tanda kenang-kenangan.

Turut hadir ke majlis ini adalah beberapa orang wakil dari Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah(DPMM).Majlis tamat pada pukul 2 petang.Para hadirin berharap ukhuwah yang terjalin sepanjang majlis berkekalan sehingga ke akhirat.Semoga Ramadhan dan Aidilfitri kali ini memberi pengalaman baru dan pengajaran dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi hidup mahasiswa yang mencabar.


Oleh: Puteri Nur Syazwani Binti Radzin

Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment