[BERITA] - Mengunjungi Saudari Nazeera Nasir di SJMC

Subang Jaya, 25 Ogos – Seramai empat orang wakil AJK PERUBATAN Cawangan Mansurah 2010/11 telah datang melawat mahasiswi perubatan Universiti Mansurah, Nazeera Nasir yang dimasukkan ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) baru-baru ini.

Mereka yang diketuai oleh saudara Timbalan Pengerusi 1 PCM 2010/11, Muhammad Abu Ubaidah bin Mustapa Kamal, bersama tiga yang lain tiba di hospital dan disambut oleh ayah kepada mahasiswi tersebut.

Nazeera yang dimasukkan ke dalam wad Subang Jaya Medical Centre (SJMC) telah menjalani pembedahan dengan selamat di hospital yang sama pada hari tarikh 19 Ogos yang lalu. Beliau dikatakan mempunyai tumor adenoma di bahagian pituitary gland dan sekarang pada keadaan yang stabil setelah pembuangan tumor dilakukan.

Beliau menyatakan bahawa beliau terpaksa berpindah dari beberapa hospital yang lain sebelum akhirnya dimasukkan ke SJMC dan menjalani rawatan. Sewaktu kunjungan PCM bersama buah tangan tiba di SJMC pada pagi Khamis yang lalu, Nazeera Nasir kelihatan semakin pulih, stabil dan bersyukur pembedahan berjalan dengan lancarnya.

“Bersyukur kerana pembedahan berjalan dengan lancar walaupun terpaksa berpindah beberapa hospital yang sebelumnya,” – kata En. Nasir, bapa kepada Nazeera.

Nazeera dikatakan telah dibenarkan untuk keluar daripada wad pada keesokan harinya (26 Ogos) dan saudara Muhammad Abu Ubaidah sempat menyerahkan sumbangan daripada dana Tabung Kasih Sayang PCM kepada saudari Nazeera sebelum pulang.

Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment