PERUBATAN mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Mahasiswa Yang Mengambil Peperiksaan Dur Thani

Assalamualaikum W.B.T

Di dalam kehangatan sambutan program Ihya’Ramadhan yang bakal berakhir, disambut pula dengan kehadiran musim perayaanAidilFitri yang bakal menjelang pada tahun ini, seharusnya kita tidak lupa akan sahabat kita yang sedang berusaha dan bertungkus lumus dalam pengajian ilmu mereka buat masa ini, baik dalam bidang perubatan, pergigian atau farmasi, untuk mencapai kejayaan dalam mengambil peperiksaan Dur Thani yang sedang beralngsung.

Allah menyebut di dalam Al-Quran dalam firmannya yang berbunyi:

dasdsad

41. Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
(At-Taubah: 41)

Bersesuaian dengan tema musim Ramadhan yang sinonim dengan gelaran syahrul jihad (bulan berusaha), saya menyeru kepada mahasiswa yang sedang mengambil peperiksaan Dur Thani pada kali ini untuk meneruskan momentum jihad kalian dalam perjuangan menuntut ilmu dan yakin dengan janji Allah bahawa balasan baik bagi mereka yang berusaha bersungguh dan istiqamah dalam perkara tersebut. Gunakan segala persiapan terakhir kalian, sama ada bahan material pengajian, nota yang lengkap, latih tubi yang mencukupi bahkan rakan-rakan sekeliling untuk membantu.

Kepada ahli PERUBATAN yang lain, kita menyeru untuk sahabat sekalian agar cakna dengan nasib sahabat di sekeliling, menunaikan tanggungjawab kalian untuk membantu sahabat yang berada dalam keadaan kesusahan walau dalam apa jua bentuk sekalipun, moga-moga dengan kejayaan mereka dalam peperiksaan kali ini menambah kredit kekuatan buat umat Islam dan kita pada masa yang sama memperoleh saham menambah keredhaan Allah S.W.T, yang cintakan sahabat sekeliling dan membantu apabila ditimpa kesusahan.

Di peringkat PERUBATAN pula bersedia sepenuhnya untuk membantu mana-mana mahasiswa untuk membantu dari sudut akademik seandainya wujud permintaan seperti untuk menyediakan kelas tutorial, ceramah motivasi, bengkel dan sebagainya, dan segala permintaan ini bolehlah disampaikan kepada Presiden PERUBATAN, Syafiq bin Hamdani ataupun pengerusi di cawangan masing-masing.

Semoga usaha gigih kalian ini akan membuahkan hasil. Sama-samalah ahli PERUBATAN berdoa memohon kepada Allah akan kejayaan sahabat-sahabat kita yang berjuang di dalam pengajian ilmu ini.

Sekian.

TAQWA,SYIFA’, RAHMAH
Ilmuan Berbakti Teguh Sehati

Syafiq bin Hamdani
Presiden PERUBATAN


Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment