
Mansurah, 23 Ogos 2011; Program Ketuk-Ketuk Iftar Ramadhan (KKIR) yang ketiga telah dijalankan dengan jayanya di kediaman milik Saudari Hawa Mahirah binti Mohd. Ghazali ,Semester 4 Manchester Program .Beliau ditemani sahabat-sahabat beliau menerima kehadiran krew KKIR dengan tangan yang terbuka di Syari’ Siddiq, Istad Gamaah. Menu pada kali ini memikat hati iaitu Nasi Hujan Panas berserta Ayam Masak Merah yang dimasak khas oleh AJK KKIR.
Saudari Fatimah Binti Mohd. Fauzi selaku wakil AJK PCM sekali lagi dijemput dan beliau telah memberikan sedikit pengisian rohani supaya seimbang dengan pengisian jasmani. Menurut beliau, seorang mukmin tidak boleh berputus asa dan mengingatkan bahawa bulan Ramadhan sudah hampir sampai ke penghujung. Jadi, rebutlah peluang untuk mendapatkan Lailatul Qadar dan pengampunan Allah S.W.T sementara masih diberikan nikmat bernafas olehNya.

Sebelum AJK KKIR beransur pulang, suatu insiden telah berlaku apabila kipas milik tuan rumah tiba-tiba tercabut dan hampir mengenai tuan rumah. Syukur kehadrat Ilahi kerana tiada yang cedera daripada insiden tersebut. Setelah itu, Saudari Hawa serta sahabat mengiringi AJK KKIR ke pagar rumah beliau untuk pulang. Semua yang terlibat mengharapkan supaya ukhuwah yang terjalin semasa program yang singkat ini berkekalan sehingga ke akhirat.
AJK Ketuk-ketuk Iftar Ramadhan telah menziarahi 3 kediaman bertuah. Nantikan KKIR yang keempat dan terakhir untuk memeriahkan sesi berbuka puasa anda dengan juadah-juadah menarik!
Disediakan oleh,
PUTERI NUR SYAZWANI BINTI RADZIN
Ahli Jawatankuasa ,
Program Ketuk-Ketuk Iftar Ramadhan IHRAM ‘11,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 10/11.
0 Comment