[BERITA] - Lagi Kes Pecah Rumah Pelajar Malaysia

(Gambar Hiasan)

MANSURAH, 12 September 2011 – Satu kes pecah masuk rumah telah dilaporkan dimana melibatkan sebuah rumah penuntut kuliah perubatan di sini. Rumah tersebut didiami tiga orang mahasiswa semester 2 program Manchester iaitu Hazman Bin Zulkifi, Mohd. Hamizan Bin Anwa dan Muhammad Arshad Bin Ariffin.

Kejadian itu berlaku di kediaman mereka yang terletak di tingkat satu Blok C, Syarie’ Samanoudi dimana ia disedari oleh Mohd. Hamizan ketika bangun daripada tidur sekitar pukul 7.30 pagi dan menyedari telefon bimbitnya tiada diatas meja. Sebaik sahaja keluar dari bilik tidur, Mohd. Hamizan mendapati bahawa pintu rumah mereka telah terbuka, kemudian beliau mengejutkan dua orang lagi rakannya di bilik bersebelahan.

Mereka semua sangat terkejut kerana kejadian itu berlaku sama sekali tanpa mereka sedari. Antara barangan berharga yang dilaporkan hilang ialah 5 unit telefon bimbit, 3 unit laptop, 2 unit kamera digital, Ipod, Ipad, Galaxy Tab dan dompet milik saudara Arshad yang mengandungi sejumlah wang, kad pengenalan berserta kad bank. Mereka menganggarkan jumlah kerugian tersebut bernilai LE 35 000.

Pihak polis Mesir telah datang ke kediaman mereka dan seterusnya mereka membuat laporan pada pukul 8.30 pagi. Mereka mempercayai bahawa barang-barang milik mereka dilarikan dengan dibungkus menggunakan tuala mandi milik salah seorang daripada mereka. Dua orang suspek telah disyaki mereka yang turut disertakan dalam laporan polis berkenaan. Kesan pecah masuk yang terdapat pada pintu rumah mangsa juga terdapat pada pintu rumah jiran mereka di tingkat dua yang didiami saudara Yamin dan Marwan namun tiada kecurian atau kehilangan barang yang dilaporkan berlaku pada rumah mereka.

Pihak PERUBATAN Cawangan Mansurah mengucapkan takziah kepada mangsa kes pecah masuk rumah tersebut. Justeru itu diingatkan kepada mahasiswa/wi khususnya penuntut di Mansurah untuk lebih berhati-hati serta disarankan untuk meningkatkan tahap keselamatan diri dan kediaman masing-masing. Turut ditegaskan kepada siswi untuk menggunakan khidmat musyrif ketika keluar untuk urusan pada waktu malam ataupun ke lapangan terbang.

Sebarang aduan atau masalah yang timbul boleh diadukan kepada Pengerusi PERUBATAN Cawangan Mansurah, Ahmad Azizi Bin Md Jusoh (+20110706817) atau Pengarah Jawatankuasa Keselamatan & Sahsiah Islam (JAKSI), Muhammad Imran Bin Jaamat (+20111015951).

Laporan disediakan oleh :

Muhammad Imran Bin Jaamat

Pengarah,

Jawatankuasa Keselamatan & Sahsiah Islam (JAKSI),

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2010/2011.



Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment