Alhamdulillah, segala puji dan syukur
bagi Allah, Tuhan semesta alam yang telah memberikan kepada kita dengan
nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan Baginda
Rasulullahi Salallahu ‘alaihi wasallam, keluarga dan para sahabat
akramahullahu ajmain yang telah memberikan teladan keteladanan yang baik
kepada umat manusia, menunjukkan jalan dakwah yang panjang buat para
daie. Tidak lupa juga nikmat kesihatan yang kita kecapi saban hari yang
membolehkan kita meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai penuntut
ilmu Allah.
Bersukan merupakan salah satu daripada
sunnah Rasulullah yang paling di cintai oleh Baginda. Dalam sirah
Rasulullah telah menceritakan Baginda sering mengajak isteri-isteri,
para sahabat Baginda untuk bersukan. Pernah diriwayatkan Baginda
Rasulullah saw sering berlumba lari dengan Saidatina Aishah. Rasulullah
juga bersukan dengan sukan yang terkenal pada zamannya seperti bergusti,
memanah, berenang dah berlumba unta. Dengan bersukan mampu memberikan
kekuatan kepada jasmani kita dalam melakukan ibadah kepada Allah
termasuklah dalam menuntut ilmu.
Bersukan merupakan satu agenda yang
tidak asing lagi bagi pelajar-pelajar di Mesir. Ia juga merupakan salah
satu alat atau medium untuk memupuk semangat ukhuwah dikalangan pelajar
PERUBATAN khususnya. Di samping kita memberikan tumpuan sepenuhnya di
dalam pembelajaran yang merupakan tugas utama kita di sini, seharusnya
kita tidak lupa untuk bersukan. Oleh yang demikian PERUBATAN sentiasa
mengambil cakna tentang perkara ini dan sedaya upaya menyediakan ruang
seluasnya kepada ahli PERUBATAN untuk bersukan samada luaran (outdoor)
mahupun dalaman (indoor).
PERUBATAN's Sports Day 2011 bakal
kembali menemui seluruh ahli PERUBATAN yang pastinya menyaksikan
jaguh-jaguh dari setiap muhafazah berentap memburu kejuaraan. Kejuaraan
kali ini bertempat di dua tempat yang berbeza, iaitu Zagazig bagi
pelajar-pelajar akhawat pada 18 November 2011 dan Iskandariah bagi
pelajar-pelajar ikhwah pada 25 November 2011 . Seperti mana yang telah
berlaku pada kejuaraan yang lepas di Mansurah, PERUBATAN's Sports Day
(PSD) dengan berobjektifkan untuk mengumpulkan ahli-ahli PERUBATAN dari
seluruh muhafazah bagi meningkatkan ukhuwah dikalangan ahli dan menjadi
tempat untuk ahli saling bertukar pandangan dan fikiran.
Antara sukan yang bakal menjadi tumpuan
ramai ialah futsal, bola keranjang dan rugby. Acara-acara lain yang
bakal dipertandingkan akan diumumkan kemudian. Pastinya kejuaraan ini
menjadi perbualan harian ahli-ahli PERUBATAN dan diharapkan semua dapat
bersabar untuk menunggu iklan atau pengumuman daripada Unit Sukan dan
Aktiviti Luar cawangan masing-masing.
Akhir kata, PERUBATAN selaku persatuan
induk yang menaungi seluruh mahasiswa mahasiswi sains kesihatan di bumi
ardul kinanah, menyeru dan menjemput semua ahli PERUBATAN bagi sama-sama
menjayakan PERUBATAN's Sports Day 2011 pada kali ini dengan harapan
mampu mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama pelajar-pelajar
perubatan di Mesir dan menyatukan hati-hati kita semua di bawah kesatuan
PERUBATAN.
"Together We'll Glorify This Moment"
Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati
At-Taqwa, As-Syifa', Ar-Rahmah
At-Taqwa, As-Syifa', Ar-Rahmah
Yang menjalankan tugas,
Mohamed Khalid Bin Isa
Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar
Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir
2011/2012
Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar
Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir
2011/2012
0 Comment