Laporan Bergambar Program Tautan Qalbu (Mahasiswa)

BUTIRAN ZIARAH

Tarikh
1 Mac 2012 

Masa
6.00-7.30 Malam 

Tempat
No 40, Lorong El-Hassan Saied, Stadium Universiti, Mansurah, Mesir

Ahli Tautan Qalbu (TQ)
1. Azizi Jusoh
2. Imran Jaamat
3. Hairiezal Shari
4. Alif Muttaqin
Wakil Pimpinan
1. Muhamad Syazni Asraff (Pengarah Program TQ)
2. Mohammad Iskandar Sa’uadi (Pengerusi)

PROFIL DIRI AHLI TQ

1.    Nama: Muhammad Aliff Muttaqin Bin Abdul Halim
Biodata

Nama: Muhammad Aliff Muttaqin Bin Abdul Halim
Tarikh lahir: 20 September 1992
Asal: Seremban,Negeri Sembilan
Profile facebook: Taqarrub Ilallah
Kursus pengajian : Mansoura-Manchester (Tahun 1)




Muhasabah dan Cadangan kepada PCM
Muhasabah: 
Aurat dan cara pemakaian mahasiswi di Mansurah berada pada tahap yg membimbangkan. Ramai dalam kalangan “senior-senior” akhawat yg tidak memakai tudung malah memandang remeh terhadap pemakaian tudung dan juga pemakaian baju dan seluar.

Cadangan: 
JAKSI perlu bertegas dengan perkara sebegini. Mendekati mahasiswa ini dengan lebih dekat untuk mengajak mereka kembali ke pangkal jalan



2.    Nama: Muhamad Imran Bin Jaamat
Biodata
Nama: Muhammad Imran Bin Jaamat
Tarikh lahir: 5 Ogos 1990
Asal: Melaka
Profile facebook: Muhammad Imran Jaamat 
Jawatan yang sedang/pernah disandang dalam 
Kursus pengajian : Perubatan Konvensional (Tahun 4)


Muhasabah dan Cadangan kepada PCM

Muhasabah:
-Penjagaan masa semasa program perlu lebih teliti.
-Elakkan terlalu banyak meminta dana secara terbuka kepada ahli sebab akan menampakkan pandangan buruk ahli pada PCM.
-Terus & kerapkan aktiviti yang ahli banyak tertarik seperti HUM.

Cadangan: 
-Memperkuatkan dana PCM dengan mencari sumbangan terutamanya dari Malaysia.
-Terus mulakan program mengikut tentatif walaupun ahli masih ada yang belum hadir.




3.    Nama: Ahmad Azizi Bin Md Jusoh

Biodata
Nama: Ahmad Azizi Bin Md Jusoh
Tarikh lahir: 6 Mac 1989
Asal: Pahang
Profile facebook: Ahmad Azizi
Jawatan yang sedang/pernah disandang dalam persatuan:
Ketua Unit Pembangunan Insan, PCM sesi 2009/2010
Pengerusi PCM sesi 2010/2011
Kursus pengajian : Perubatan Konvensional (Tahun 4) 

Falsafah Diri
-Prinsip dalam hidup: Jika tidak mahu nyanyuk di masa tua, maka jangan berhenti berfikir !
-Pengajian Ilmu/Akademik: Ilmu itu cahaya, tanpanya dunia ini gelap
-Perkahwinan: Suatu jalan ibadah yang sangat indah pemberian Allah!
-Dakwah & Tarbiyah: Profesion yang paling mulia di atas muka bumi ini adalah berdakwah dan mentarbiyah.
-Kepimpinan/Persatuan: Kumpulkan jiwa-jiwa yang punya kefahaman Islam, susun mereka dalam organisasi terancang dan sebarkan keindahan Islam ke sekalian alam.




4.    Nama: Muhammad Hairiezal Bin Shari




Nama: Muhammad Hairiezal Bin Shari
Kursus pengajian : Perubatan Konvensional (Tahun 4) 









PERSOALAN YANG DIUTARAKAN
Persoalan 1:
Apakah respon Saudara Iskandar (Pengerusi PCM Sesi 11/12) apabila terdapat suara ahli yang mengatakan bahawa organisasi penganjur “Program Graduation Day” yang diadakan pada 28 Februari yang lalu tidak menjaga ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan) dan muamalat sewaktu program diadakan?

Jawapan: (oleh Iskandar Sa’uadi)
Pihak penganjur telah menetapkan peraturan-peraturan dan sentiasa dimaklumkan kepada ahli yang hadir berkenaan dengan perkara ini. Sejak dari awal program lagi AJK Pelaksana berulang kali meningatkan bahawa laluan mahasiswa dan mahasiswi berasingan, dan menjaga etika ketika beraktiviti namun tidak semua yang memberi perhatian dengan maklumat yang diberikan. Jadi, masalah ini berpunca dari kurangnya kerjasama dan perhatian daripada mahasiswa/wi. Walaubagaimanapun, kesan daripada program ini, ramai mahasiswa/wi jelas tentang konsep bermuamalat dalam Islam dan bagaimana untuk mengawal diri walaupun diletakkan dalam satu kawasan yang sama. Insya-Allah, kefahaman ini sebagai satu bekalan untuk semua agar mereka dapat mengamalkan konsep yang ditunjukkan ini walau dimana mereka berada.

Persoalan 2:
Apakah perancangan PCM sebagai persatuan di Mansurah dalam Program “Medic Got Talent” yang dianjurkan oleh Pihak Universiti, sepertimana yang kita sedia maklum bahawa program ini berbentuk hiburan yang tidak berlandaskan prinsip-prinsip dan adab-adab berhibur dalam Islam?

Jawapan: (oleh Iskandar Sa’uadi)
Kami sebagai insan yang berada di tampok pimpinan persatuan amat menitik beratkan kebajikan ahli dan pada masa yang sama juga berusaha untuk menangani masalah-masalah berkaitan dengan perkara-perkara yang tidak selari dengan tuntuan syara' ini. Tidak dinafikan bahawa ramai dalam kalangan ahli yang mempunyai pelbagai latar belakang dan corak pemikiran yang berbeza. Jadi, PCM sentiasa berusaha untuk meraikan minat dan setiap kecenderungan ahli dan menyalurkan perkara ini menerusi program-program dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Insya Allah PCM akan menyediakan program yang bersesuaian untuk menangani masalah ini. Cuma, kami mengharapkan ahli boleh menerima pendekatan persatuan dalam proses mentarbiyah ahli dan memberi kefahaman terhadap Islam dengan cara yang terbaik.


Cenderahati Tautan Qalbu dari kami.
Nantikan kemunculan kami yang seterusnya!


Laporan oleh:
Muhamad Syazni bin Mohamad Asraff
Ketua,
Unit Perumahan PCM 2011/12
Tags: , , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment