Kenyataan Rasmi Unit Ekonomi Berhubung Penangguhan Pemberian Produk Sweater



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Merujuk kepada iklan tempahan pembelian produk pada awal bulan Januari yang lalu, dukacita di sini ingin saya ingin memaklumkan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Mansurah yang telah membuat tempahan sweater PCM, bahawa sweater tersebut dijangka akan tiba lewat dari tarikh yang telah dinyatakan sebelum ini.

Seperti yang semua sedia maklum, pihak kami telah menyatakan bahawa sweater itu akan diperoleh pada awal bulan Februari yang lalu. Namun, sehingga kini sweater itu masih tidak diberikan dan telah menimbulkan pelbagai pertanyaan, spekulasi serta ketidakpuasan hati daripada semua pihak. 

Hal ini adalah kerana pihak kami masih belum menerima sweater tersebut daripada kilang cetakan di Malaysia. Pihak yang bertanggungjawab di Malaysia memaklumkan bahawa masalah berlaku bertitik tolak akibat bilangan cuti umum yang padat di Malaysia sepanjang bulan Januari dan Februari yang lalu menyebabkan kilang cetakan tidak dapat beroperasi dalam tempoh masa tersebut.

Walaupun begitu, kami sentiasa mengikuti perkembangan pembikinan sweater tersebut dan pihak kami telah dimaklumkan bahawa sweater tersebut telah pun siap sepenuhnya. Sweater tersebut dijangka akan tiba di bumi Mansurah selewat-lewatnya menjelang akhir bulan Mac ini.

Sehubungan dengan itu, saya merangkap Ketua Unit Ekonomi PCM Sesi 2011/2012 ingin memohon ampun dan maaf sekali lagi atas kelewatan ini. Kami berharap semua pihak dapat bersabar dan sesungguhnya setiap yang terjadi itu adalah di luar kawalan dan jangkaan kami. 

Pihak kami juga berharap agar mahasiswa dan mahasiswi sekalian akan terus menyokong dan membantu perjuangan kami pada masa akan datang. Tanpa kalian siapalah kami. Segala sokongan, toleransi serta kerjasama kalian kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Mudah-mudahan Allah SWT memudahkan segala urusan kita.

Wallahualam.

“Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati”
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”













Mohamad Zulhilmi bin Rusdi,
Ketua Unit Ekonomi,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2011/12

Tags: , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment