Bawang dan Tangisan



Penulis acapkali berhadapan dengan ‘drama’ air mata apabila memotong atau mengupas kulit bawang. Malah ‘drama’ air mata itu berterusan sehingga adakalanya mood memasak sedikit terganggu. Lebih memburukkan keadaan apabila alasan ini digunakan untuk mengelak diri daripada memasak. Penulis berasa pelik dengan fenomena ini lantas jari-jemari ini pantas menari di atas papan kekunci untuk mencari jawapan kepada persoalan yang selama ini berlegar di dalam minda.

Mengapa kita menangis kerana bawang?
Bawang menyebabkan anda menangis kerana semasa dipotong, sel-selnya akan rosak. Kesannya, sejenis enzim yang dinamakan Allinase dibebaskan. Kemudian Allinase akan berpecah menjadi bahan kimia lain yang dipanggil 1-propenyl-Lcysteine sulphoxide dan bertukar menjadi 1-propenylsulphenic acid. Bahan kimia itu kemudiannya akan bertukar menjadi gas propanthial s-oxide. Gas kimia itu juga dikenali sebagai faktor lakrimator yang menyebabkan anda menangis.
Apabila gas itu terkena pada membran berlendir yang melapisi kornea, saraf akan menghantar isyarat ke otak agar kelenjar mengeluarkan air mata. Air mata itu fungsinya adalah untuk membersihkan mata daripada sebarang benda asing yang menggangu.

Jadi, apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan anda menangis semasa memotong bawang?
  • Pertama, gunakan pisau yang tajam. Pisau yang tajam dapat mengurangkan kecederaan pada sel bawang, yang mana hal ini akan menyebabkan gas yang memedihkan mata terbebas.
  • Kedua, potong bawang di dalam atau di bawah air kerana air boleh melarutkan bahan kimia yang dikeluarkan oleh bawang.
  • Ketiga, simpan bawang di dalam peti sejuk sebelum memotongnya. Suhu yang sejuk boleh menghalang bahan kimia tersebut daripada terbebas.
  • Keempat, gunakan kipas untuk mengalihkan gas asid sulfurik jauh dari anda. Selamat mencuba!

Disediakan oleh,

Mohd Azrizan bin Bakir
Jurnalist Unit  Penerbitan dan Penerangan,
PERUBATAN Cawangan Mansurah
Tags: , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment