6 Sahabat Nyaris Rentung



Sabtu,16 Januari 2010: Sebuah rumah pelajar perempuan perubatan Mansurah nyaris hangus terbakar gara-gara api dari sebatang lilin.

Ketika kejadian,keseluruhan rumah kediaman Blok D terputus bekalan elektrik.


Kebakaran tersebut disedari oleh seorang ahli rumah apabila terhidu bau asap yang berasal dari tandas. Apabila diselidiki, rupa-rupanya api lilin yang digunakan tertinggal dan membakar mesin basuh.

Tindakan pantas ahli rumah tersebut menyelamatkan keadaan apabila baba dan mama rumah mereka datang dan berusaha memadamkan kebakaran dengan segera. Semua bernafas lega apabila api berjaya dipadamkan.

Pihak kami gagal untuk mendapat butiran lebih lanjut tentang kejadian tersebut.

Namun, Timbalan Pengerusi 1, saudara Hanif Mahamud ketika dihubungi wartawan UPP memberi pesan kepada semua pelajar agar dapat mengawal pengunaan api lilin sekiranya ketiadaan elektrik. Ini melibatkan nyawa kita semua, ujar beliau lagi.

Sumbangan ikhlas dari anda dialu-alukan bagi menampung kerugian yang dihadapi oleh mangsa menerusi Unit Kebajikan PCM atau terus berjumpa dengan ahli rumah D3.


Disediakan Oleh:
Fattah Hamzah
Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

6 Comment

  1. ish3..menggerunkan..tajuk berita..
    padahal xde pape hehe..

  2. uish.kne support fattah.fattah, aja2 fighting!

  3. Alhamdulillah,semua selamat.Allah Maha Mengetahui.jadikan ia sbg ingatan supaya lebih berhati2

  4. kalau tajuk biase2 xde orang nk baca dan ambil endah..semua buat xtahu..same mcm kes kecurian..sehinggakan bulan ni sj dah belas2 kes..jadi hati2!

Post a Comment