Sabtu,16 Januari 2010: Sebuah rumah pelajar perempuan perubatan Mansurah nyaris hangus terbakar gara-gara api dari sebatang lilin.
Ketika kejadian,keseluruhan rumah kediaman Blok D terputus bekalan elektrik.
Kebakaran tersebut disedari oleh seorang ahli rumah apabila terhidu bau asap yang berasal dari tandas. Apabila diselidiki, rupa-rupanya api lilin yang digunakan tertinggal dan membakar mesin basuh.
Tindakan pantas ahli rumah tersebut menyelamatkan keadaan apabila baba dan mama rumah mereka datang dan berusaha memadamkan kebakaran dengan segera. Semua bernafas lega apabila api berjaya dipadamkan.
Pihak kami gagal untuk mendapat butiran lebih lanjut tentang kejadian tersebut.
Namun, Timbalan Pengerusi 1, saudara Hanif Mahamud ketika dihubungi wartawan UPP memberi pesan kepada semua pelajar agar dapat mengawal pengunaan api lilin sekiranya ketiadaan elektrik. Ini melibatkan nyawa kita semua, ujar beliau lagi.
Sumbangan ikhlas dari anda dialu-alukan bagi menampung kerugian yang dihadapi oleh mangsa menerusi Unit Kebajikan PCM atau terus berjumpa dengan ahli rumah D3.
Disediakan Oleh:
Fattah Hamzah
Fattah Hamzah
January 18, 2010 at 8:36 PM
huhu..tajuk gempak
January 18, 2010 at 10:11 PM
ish3..menggerunkan..tajuk berita..
padahal xde pape hehe..
January 18, 2010 at 10:39 PM
uish.kne support fattah.fattah, aja2 fighting!
January 19, 2010 at 2:02 AM
Alhamdulillah,semua selamat.Allah Maha Mengetahui.jadikan ia sbg ingatan supaya lebih berhati2
January 19, 2010 at 1:41 PM
kalau tajuk biase2 xde orang nk baca dan ambil endah..semua buat xtahu..same mcm kes kecurian..sehinggakan bulan ni sj dah belas2 kes..jadi hati2!
January 19, 2010 at 5:33 PM
BRAVO2..wartawan kemah