KENYATAAN RASMI KETUA UNIT AKADEMIK PCM 10/11 - MESRA ‘10


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

PENDAHULUAN

Kita merancang, Allah juga merancang, namun Allah jualah sebaik-baik perancang.

Saya dahului dengan kata-kata itu mudah-mudahan ia dapat memudahkan bicara saya sampai kepada hati sahabat-sahabat saya dan moga melembutkan mana-mana hati yang sedang membara dan bergelora.

Sebelum sebarang penjelasan dibuat, ketahuilah bahawasanya saya hanya sekadar insan yang lemah dan sering buat kesilapan.

PENJELASAN

Merujuk kepada Majlis MESRA ‘10 yang berlansung pada Jumaat, 17 Disember 2010 lepas. Saya diamanahkan untuk memikul jawatan selaku Timbalan Pengarah I MESRA ‘10 dan juga merangkap Ketua Unit Akademik PCM 10/11.

Merujuk kepada isu ini, 2 orang mahasiswi farmasi yang sepatutnya tersenarai untuk mendapat hadiah anugerah cemerlang berpangkat JAYYID JIDDAN tetapi tidak dapat menerimanya pada MESRA ‘10 kerana masalah teknikal berpunca daripada pihak saya.

Sedikit sebab-sebab yang dapat saya utarakan di pihak saya untuk penjelasan semua.

1. Saya selaku Ketua Unit Akademik juga sebagai Timbalan Pengarah I MESRA ‘10, tidak merujuk kembali data yang di berikan kepada kami terlebih dahulu.

2. Saya tidak sempat untuk mengetahui secara jelas sistem akademik kuliah farmasi sejak saya naik sebagai Ketua Unit Akademik lantaran sibuk dengan pelbagai aktiviti dan juga sibuk merangka program-program untuk Unit Akademik.

3. Hari anugerah cemerlang ini merupakan kali pertama saya terlibat secara terus dalam melaksanakannya di tambah pula dengan kehadiran pegawai-pegawai kedutaan dan dif-dif kehormat maka saya agak gementar dari awal persiapan program.

4. Saya adalah AJK PCM yang baru naik. Maka, perhatian untuk semua perkara adalah perlu. Mungkin ini menyebabkan saya kurang peka mengenai perihal ini.

MOHON MAAF

Akhir kalam, saya memohon maaf kepada semua mahasiswa/wi terutamanya kepada 2 mahasiswi, Nur Hidayah Bt Nor Azman dan Nurul Farhana Bt Noor Azman andai saya sudah merampas hak kamu berdua dari menerima pengiktirafan yang sepatutnya.

Insya-Allah, saya akan cuba usahakan untuk buat tindakan susulan mengenai perkara ini. Cuma apa yang saya harapkan sekarang hanyalah kemaafan dari kalian dan cuba untuk memahami kondisi di pihak saya walaupun mungkin sukar untuk kalian lakukan saat ini.

Sekian.

At-Taqwa, As-Syifa',Ar-Rahmah

Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati

Mohammad Iskandar Bin Sa’uadi

Ketua Unit Akademik,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2010/11.

Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

8 Comment

  1. Assalamualaikum wbt.

    First of all
    i highly appreciate this kenyataan rasmi.
    but i dont think its necessary.
    if apology is what you seek, then personally seek us first.
    be more prepared next time, as you know the event would probably help us all and also will somehow affect your reputation, either in a good way or a bad way. but it seems like you ruined it. dont mix personal excuses with ur commitment. its good that you noticed we were furious, but then again i dont really think it should be stated in the kenyataan rasmi.

    but anyway, thanks a lot.
    marilah sama sama bermuhasabah.

  2. This comment has been removed by the author.
  3. This comment has been removed by the author.
  4. Salam...orang sudah minta maaf, kita terima jer lah dengan lapang hati.Itulah pentingnya kita hidup bepersatuan, jangan hidup sorang2 @ buat hal sendiri. Dan... tuntutlah ilmu kerana ALLAH, bukan pangkat dan kekayaan.
    ;)

  5. salam.
    yerp.betul.sumenye dah ditentukan Allah.
    dan betul.mnusia tk lari dr mmbuat ksilapan.
    bole je nak minta maaf...
    cumenye tak perlu dihebahkan isu ni smpai buat knyataan rasmi.kan? :)
    btw,thx.

  6. Assalammualaikum w.r.b

    Pertama sekali, saya appreciate dengan kenyataan awak.
    Yup,
    Sebagai manusia... Kita memang x lari daripada semua kesilapan.
    Kita buat salah, saudara kita akan tegur. Itu memang kenyataan, betul x?
    So it's okay...
    Ape yang penting, be professional.
    Walaupun awak first time terlibat dengan aktiviti ni, x bermaksud awak perlu bgthu kelemahan awak. Sebab2 awak menunjukkan kelemahan awak. So, xperlu bgthu kelemahan awak. Kami paham. Kami pun ade kelemahan kami juga.
    Kami xmarah pun dengan ape yang terjadi tp kami hanya tegur dengan cara tegas supaya x akan berlaku lagi in the future.
    Maafkan saya kalau kata2 saya ni, awak slh phm.
    By the way, dengan rasa xtahu malunye.. Saya nak tegur sikit... Nama kedua2 pelajar farmasi tu silap la.
    CORRECTION:
    Nur Hidayah binti Noor Azman
    Nurul Farhana binti Norazman

    So, sama2lah kita memperbaiki diri. "Daripada hitam ke putih, daripada keruh ke jernih, daripada bengkok ke lurus"
    Bg sesiapa yg salah paham tentang kami, jumpalah direct kpd kami farmasi.. InsyaAllah kami akan cuba bg kerjasama..
    Wassalam...

  7. salam.

    erm..sbnrnye mmg sye nak sgt jumpa pelajar farmasi 2 org tu...tp mcm y sye katakan sye sgt sibuk ngan program lain..
    dan sye tau pelajar farmasi nak exam, n klas smpi ptg. sbb tu asik tergendala jer nak jumpa.

    erm..tujuan sye letak kenyataan rasmi ni sbb nak bgtau secara umum..
    sbb ada org y tak faham knape pelajar farmasi tak dapat.

    klo sye just jumpa kamu berdua tanpa kluarkan statement ni sumer org akan ingt sye x buat ape2 psl hal nie.

    psal statement ni kluar dlu sblom sye jumpa ngan pelajar farmasi nie sbb pelajar farmasi sibuk, sye sibuk n statement dah siap. so, terpaksa buat mne y dah siap..

    hope semua faham.

    insya-allah sye terima semua nasihat kamu semua.

    iskandar

Post a Comment