3 Disember 2010, Mansurah – Baru sahaja beberapa jam diisytiharkan secara rasmi untuk berkhidmat bagi sesi 2010/2011, barisan pimpinan PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) mula agresif dalam gerak kerja apabila memulakan sesi lawatan pertama mereka menziarahi seorang mahasiswi PCM sejurus sahaja Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) PCM keempat tamat, kira-kira jam 8.45 malam.
Diketuai oleh Saudara Ahmad Azizi Mat Jusoh sendiri selaku Pengerusi, diiringi Muhammad Abu Ubaidah Mustapa Kamal, Timbalan Pengerusi 1 dan Qatrunnada Mohd Farid, Timbalan Pengerusi 2 beserta beberapa Ahli Jawatankuasa (ajk) PCM sesi baru serta lama, sekitar tujuh orang semuanya, dilihat menuju ke Hospital Universiti (Mustasyfal Gamaah) menaiki tiga buah teksi untuk melawat seorang mahasiswi Semester lima Program Perubatan Manchester yang baru selesai menjalani pembedahan.
Kelihatan Pengerusi PCM 10/11, serta Timbalan Pengerusi 2 PCM sesi 10/11 dan 09/10
Pelajar terbabit melahirkan rasa terharu dan penghargaan atas kunjungan hormat dari barisan pimpinan baru, walaupun mereka kelihatan penat kerana baru sahaja selesai bermesyuarat yang memakan masa hampir separuh hari. Sungguhpun masih menahan sakit kesan dari pembedahan kerana inguinal hernia, beliau masih ceria melayan kehadiran tetamu. Ditemani dua orang adik tahun satu yang setia menemani keberadaannya di hospital, beliau dijangka keluar dari hospital esok (hari ini). Hal ini berikutan hampir semua rakan serumahnya komited dalam kerja-kerja mereka membantu persatuan dengan penglibatan dalam gerak kerja MTC sendiri, menyebabkan keterbatasan mereka untuk menemani beliau di hospital.
Ketua Unit Kebajikan 2010/2011, Saudara Mohamed Nasarudeen b Abdul Hamed dilihat selesa dan tidak kekok bertanya khabar serta menawarkan khidmat pertolongan dari unitnya, seperti penggunaan kerusi roda dan bantuan wang Tabung Kasih Sayang (TKS). Terdahulu, Penolong Ketua Unit Kebajikan, Saudari Nurul Fadhilla Amni bt Raidi telahpun datang membantu menguruskan beberapa keperluan pelajar terbabit.
Turut sama dalam sesi ziarah itu adalah Saudara Wan Md Syazani Al-Faruki Wan Mazlan beserta isteri, Wan Zulhusni Wan Othman memandangkan pelajar terbabit merupakan jiran mereka, serta bekas ajk kecil dalam Unit Sukan dan Aktiviti Luar yang disandangnya pada sesi terdahulu. Kesemua ajk lain juga dilihat prihatin bertanya serta menampakkan karisma masing-masing selaku bakal doktor.
Ajk perempuan
Lawatan hanya mengambil masa sekitar setengah jam untuk memberi laluan kepada mahasiswi terbabit mendapat rehat secukupnya. Akhir ziarah, Saudara Azizi sendiri dilihat berbual dengan pelajar terbabit dan menyatakan harapan semoga beliau cepat sembuh. Satu permulaan yang baik dapat dilihat, namun masih terlalu awal untuk menilai prestasi gerak kerja mereka. Apa yang diharapkan, ahli-ahli PCM sendiri hendaklah menghulur tangan membantu barisan pimpinan baru ini, agar identiti kesatuan professional berkebajikan yang diwar-warkan dalam usul terbabit dapat direalisasikan, seterusnya berjaya melaksanakan kalimat PCM untuk semua itu!
Oleh: mediaPERUBATAN Mansurah
December 4, 2010 at 8:44 PM
KEMAH !
ni saya nak ! PCM !
KENA jadi org pertama !
UPP,kebajikan ikut pengerusi Melawat!
December 4, 2010 at 9:13 PM
tahniah utk semua pimpinan baru PCM
syafahallah..
December 5, 2010 at 10:03 AM
to farhan:
tq2 kpd paan.
semoga lepah2 ni yb paan pun turun yer.=]