(Maklumat sehingga 10 Disember 2010)
(Passport, Visa, Perkahwinan, Kelahiran, Pengesahan Dokumen
serta Pendaftaran Rakyat Malaysia Luar Negara)
Perkhidmatan Konsular yang diselenggara oleh Bahagian Konsular, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) adalah seperti berikut:
1. Pengeluaran dokumen perjalanan seperti passport antarabangsa, dan sijil Kecemasan
1.1 Permohonan passport:
Bagi warganegara Malaysia terutama pelajar-pelajar yang berada di Mesir boleh memohon passport baru melalui Bahagian ini bila passport hampir tamat tempoh atau halaman dalam passport telah penuh digunakan, yang mana terdahulu. Untuk memohon passprt antarabangsa Malaysia , dokumen-dokumen berikut diperlukan:
i. Borang Permohonan v. Bayaran RM300
ii. Foto Ukuran Passport (3) vi. Passport lama asal
iii. Surat Beranak Asal
iv. Kad Pengenalan Asal
Borang Permohonan Passport juga boleh di download dari Laman web Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berikut:
http://www.imi.gov.my/images/Forms/pasport/im42.pdf
Untuk makluman, semua permohonan untuk mendapatkan passport baru akan dihantar ke Malaysia dan diproses oleh ibupejabat JIM. Oleh itu dinasihatkan sebaiknya 8 bulan sebelum tamat tempoh sahlaku, dikehendaki membuat permohonan passport baru.
Jika berlaku kehilangan passport, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan:
- membuat laporan polis di balai polis terdekat serta dapatkan salinan laporan
- membuat laporan ke KBMK
- membuat terjemahan laporan polis serta mendapatkan pengesahan dari KBMK
Penggantian passport baru bagi kes kehilangan tertakluk kepada kelulusan ibupejabat JIM di Putrajaya. Kelulusan akan memakan masa yang agak lama bergantung kepada jangkamasa yang diambil bagi urusan penyiasatan oleh JIM.
1.2- Sijil Kecemasan (Emergency Certificate - EC)
Sijil Kecemasan ialah merupakan satu dokumen perjalanan sementara yang dikeluarkan kepada warganegara diatas sebab-sebab berikut:
a) Hilang passport antarabangsa
b) Penghantaran pulang kerana kesalahan yang dilakukan diluar
Negara
c) Kes kecemasan tertentu.
Catatan:
Dokumen EC ini hanya sah untuk destinasi ke Malaysia sahaja. Pemohon juga perlu membeli tiket penerbangan terlebih dulu sebelum membuat permohonan. Sebelum membuat sebarang perjalanan, pemegang EC perlu mendapatkan "Exit Permit" dari pejabat imigresen Mesir (Mogamma, Tahrir Square ). Dokumen ini tidak diiktiraf oleh semua Negara.
2. Visa bagi rakyat Malaysia ke Negara Asing
Setengah Kedutaan asing di Mesir juga memerlukan surat pengesahan dari KBMK untuk warganegara Malaysia yang bercadang untuk melawat Negara berkenaan terutama sekali negara-negara di timur tengah, seperti Saudi Arabia .
Oleh itu bagi pelajar yang bercadang untuk melawat negara-negara ini, surat pengesahan Kedutaan bolehlah di pohon melalui Bahagian Konsular.
Adalah dinasihatkan juga agar Kedutaan Negara-negara yang ingin dilawati dihubungi terlebih dulu untuk mendapatkan status terkini mengenai keperluan visa bagi warga Malaysia masuk ke Negara berkenaan.
3. Mengesahkan Dokumen Perkahwinan warganegara Malaysia .
Untuk mendapatkan visa tinggal isteri atau suami yang mengikuti pasangannya yang bekerja/belajar di Mesir adalah perlu mendapatkan pengesahan dokumen perkahwinannya melalui KBMK ini.
4. Mendaftar Kelahiran Anak.
Bahagian Konsular juga memberi perkhidmatan untuk mendaftar kalahiran anak bagi pasangan warganegara Malaysia yang tinggal di Mesir. Perlu diingatkan bahawa pendaftaran kelahiran anak ini mesti dibuat dalam masa satu tahun dari tarikh anak dilahirkan.
5. Mengesahkan tandatangan sebagai pesuruhjaya sumpah dalam dokumen Rasmi dan perdagangan
Bahagain Konsular KBMK juga memberi perkhidmatan sebagai pesuruhjaya sumpah untuk dokumen-dokumen rasmi contohnya pertukaran hakmilik harta, dokumen jualbeli rumah, dokumen perjanjian, pengesahan salinan dokumen dan sebagainya. Disamping itu Bahagian ini juga memberi perkhidmatan untuk mengesahkan dokumen-dokumen untuk kegunaan urusan rasmi dengan kerajaan Mesir atau negara lain, seperti Sijil Peperiksaan atau dokumen-dokumen perniagaan.
Bagi dokumen-dokumen dari Malaysia, pengesahan dari Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra, Putrajaya atau cawangan Sabah & Sarawak perlu didapatkan terlebih dulu.
Bagi dokumen-dokumen Mesir, pengesahan dari Ministry of Foreign Affairs Egypt perlu didapatkan terlebih dulu.
6. Pendaftaran warganegara di luar negeri
Adalah diingatkan bahawa semua warganegara yang tinggal di luar negeri lebih dari tempoh 6 bulan dikehendaki berdaftar dengan wakil kerajaan yang terdekat (KBMK). Tanpa berbuat demikian, boleh mengakibatkan kesusahan atau kelewatan mendapat pertolongan dan perlindungan dalam waktu darurat. Kegagalan mendaftar boleh menyebabkan perlucutan kewarganegaraan Malaysia mereka di bawah Perkara 25 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia .
Bagi warga Malaysia selain pelajar, pendaftaran boleh dibuat di Bahagian Konsular, KBMK dengan borang yang tersedia.
Bagi pelajar-pelajar Malaysia, perlu membuat pendaftaran dengan Education Malaysia - EM (dulunya dikenali dengan Jabatan Penuntut Malaysia – JPMK/MSD) di KBMK menggunakan Borang Pendaftaran yang disediakan.
Berikut adalah perutusan daripada pihak kedutaan berkenaan beberapa perkara penting untuk perhatian seluruh pelajar Malaysia di Mesir, seperti urusan :
-Pasport
-Visa
-Perkahwinan
-Pengesahan Dokumen
-Pendaftaran Rakyat Malaysia Luar Negara
Semua mahasiswa /wi diminta membawa dokumen yang dilampirkan diatas sekiranya mempunyai urusan yang berkaitan dengan kedutaan untuk program pada esok hari.(MESRA'10)
0 Comment