Dewan PCM - 'Qa'ah Ibnu Sina' (QIS)


14 Januari 2011, Jalan Nakhlah, Kuliah Adab- Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Mereka Cipta Nama dewan baru PCM telah dilakukan secara ringkas di rumah pemenang yang telah berjaya terpilih.


Hal ini kerana pada masa sekarang tiada majlis rasmi PCM dalam masa terdekat kerana memberi laluan kepada peperiksaan, jadi Unit Perumahan telah mengambil inisiatif proaktif dengan menggantikan majlis pengumuman peraduan tersebut kepada majlis penyampaian hadiah secara terus kepada pemenang.

Saudara Pengerusi PCM bersama Ketua Unit Perumahan PCM, Wan Mohamed Hanif bin Wan Osman telah berkunjung ke rumah Saudara Abdul Rahman bin Mohamad Shukor untuk menyampaikan hadiah tanda penghargaan kerana telah berjaya dalam peraduan menamakan dewan PCM ini.

Saudara Abdul Rahman Mohamad Shukor yang berasal dari Kuala Terengganu dan sekarang menuntut di Tahun 4 Perubatan Konvensional. Beliau yang sebelum ini hanya menyertai peraduan ini apabila disuruh rakan-rakan tidak menjangka idea spontan sewaktu di dalam kuliah melayakkan beliau menjadi pemenang.

Ketika ditemu ramah mediaPERUBATAN Mansurah, beliau yang masih dalam keadaan terkejut dan kelihatan sedikit gugup apabila sesi temuramah video dilakukan.

Menurut Saudara Abdul Rahman, beliau mengilhamkan nama 'Qa'ah Ibnu Sina' kepada dewan baru PCM kerana beliau merasakan nama tersebut amat sesuai dengan mahasiswa/wi Sains Kesihatan di Mesir ini.

Beliau menambah, mahasiswa dan mahasiswi haruslah menjadikan tokoh seperti Ibnu Sina sebagai contoh teladan yang paling sesuai bagi seluruh mahasiswa/wi Sains Kesihatan. Hal ini kerana Ibnu Sina merupakan seorang doktor yang amat terkenal dan pada masa yang sama seorang Ulama' dalam pengajian Islam.


Wan Mohamed Hanif bin Wan Osman selaku Ketua Unit Perumahan PCM ketika dihubungi melalui talian telefon amat gembira dengan nama dewan baru PCM ini.Beliau berharap, dengan nama Qa'ah Ibnu Sina (QIS), seluruh ahli PCM akan lebih menyayangi dewan ini dan lebih bersemangat untuk hadir ke sana dalam setiap program.


"Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli PCM yang telah menyertai peraduan ini. Kami menerima begitu banyak penyertaan sehinggakan kami terpaksa memilih lima nama sahaja dan undian didalam mesyuarat AJK PCM telah memihak kepada 'Qa'ah Ibnu Sina'(QIS)", Wan Mohamed Hanif mengakhiri kalam.


Laporan oleh : Abdul Fattah bin Hamzah
Video oleh : Muhammad Aizat Bin Mohd Sofian
Tags: ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment