Qa'ah Ibnu Sina (QIS) Banjir Lagi


18 Januari 2011, QIS, Jalan 6th Oktober- Banjir paling buruk dalam sejarah Qa'ah Ibnu Sina berlaku lagi. Kali ini, air telah naik hingga ke paras buku lali. Sejak seminggu yang lalu, air masih keluar membasahi karpet dan tidak ada tanda-tanda air ini akan surut.

Ketua dan Timbalan Unit Perumahan termasuk AJK PCM yang lain setakat ini masih buntu untuk mencari penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah ini. Dengan kerjasama beberapa ahli PCM yang lain, mereka bergotong-royong dan berusaha memindahkan karpet yang basah ke tempat yang lebih selamat.

Pada masa yang sama, mereka berusaha untuk mencari punca masalah dan cuba berbincang dengan beberapa individu Arab yang bertanggungjawab bagi membaik pulih masalah yang berlaku ini. Pada malam tersebut, kesemua karpet telah diangkat dan dipindahkan ke atap rumah salah seorang ahli PCM di Jalan Iman untuk dibasuh dan dikeringkan.



Pada malam berikutnya, sekali lagi gotong-royong dilakukan untuk membuang air yang bertakung di dalam dewan. Menurut Timbalan Pengerusi satu PCM, saudara Muhammad Abu Ubaidah bin Mustapa Kamal, beliau dan AJK PCM yang lain berharap segala jalan penyelesaian yang telah diambil ini dapat membuahkan hasil.




Oleh : Abdul Fattah bin Hamzah
mediaPERUBATAN Mansurah
Tags: ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment