Makluman : Perubahan Program WEB '11.


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Assalamualaikum w.b.t.

Seperti yang sedia maklum, Unit Pembangunan Insan (UPI) PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) akan menganjurkan program diskusi kitab atau lebih dikenali sebagai Winter’s Enlightenment and Brotherhood (WEB ’11) yang dirancang pelaksanaannya pada 2 dan 3 Februari 2011.

Untuk makluman semua ahli PERUBATAN, pihak kami menghadapi beberapa masalah teknikal berkaitan dewan PCM yang tidak dapat digunakan, menyebabkan program WEB ’11 yang pada awalnya dirancang untuk diadakan di Mansurah terpaksa diubah dan insyaallah dengan izin-Nya akan diadakan di Kaherah di bawah kelolaan Biro Pembangunan Insan (BPI) PERUBATAN.

Program ini akan berjalan seperti biasa (tarikh dan pengisian adalah sama, insyaallah), cuma berlaku perubahan tempat dan penganjur. Bagi yang telah mendaftar, pendaftaran anda adalah dikira dan tidak perlu mendaftar untuk kali kedua. Begitu juga dengan yuran dan sumbangan yang telah dibuat. Namun, andai ada perubahan dan pertanyaan, anda boleh terus merujuk kepada wakil-wakil pendaftaran atau pengarah/timbalan pengarah program WEB ’11 sepertimana maklumat di bawah.

Wakil pendaftaran Mansurah :

Khairul Naim : 011 4721727 ( ym : naim_wave38 )

Umi Nadzirah : 011 6215263 ( ym : nadzieyra )

Pengarah & Timbalan :

Nur Ilahi bin Ramli : 0115819535

Nur Ain binti Zulaliza : 014-5654727

Sehubungan itu, pihak kami memohon seribu kemaafan di atas kesulitan ini. Sememangnya Allah s.w.t. sebaik-baik Perancang. Semoga diberi kemudahan. Jazakkallah.

At-Taqwa, As-Syifa', Ar-Rahmah,

Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati

Muhamad Arif bin Mamat Noor

Ketua Unit Pembangunan Insan, PCM 10/11

Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment