Satu Majlis Solat Hajat Perdana telah diadakan bersempena dengan musim peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi. Solat hajat ini diadakan oleh mahasiswa ikhwah Perubatan Konvensional sesi 08/09 bertempat di rumah salah seorang mahasiswa di Syari’ Ahmad Mahir dan telah dihadiri lebih kurang 40 orang mahasiswa.
Majlis bermula tepat apabila azan isya’ berkumandang dimulakan dengan solat isya’ berjemaah diimamkan oleh saudara Shahir Shahrol. Selepas itu diadakan pula solat hajat berjemaah diimamkan oleh Ketua Unit Pembangunan Insan, PCM iaitu saudara Muhamad Arif Bin Mamat Noor.
Selepas selesai solat hajat, majlis diceriakan dengan sedikit sesi motivasi oleh saudara Muhammad Ikram bin Ishak bertujuan untuk menaikkan semangat para mahasiswa bagi menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan.
Rata-rata pelajar memberi tindak balas yang positif atas kejayaan penganjuran majlis sebegini. Ramai yang berpuas hati dengan sesi motivasi yang disusun oleh Mentor Batch, saudara Muhammad Hairiezal bin Shari dan Dedi Riansyah bin Mansyur Affandi.
Diakhir majlis, para mahasiswa sama-sama menikmati makan malam yang telah disediakan. Majlis berakhir pada jam 8.30 malam. Semua pelajar amat berpuas hati dengan majlis ini dan berharap agar dapat diadakan lagi selepas ini. Selain dapat sama-sama berkumpul memohon dilancarkan segala urusan, dengan majlis ini juga dapat merapatkan lagi ukhuwah antara pelajar.
Oleh: Muhamad Azizi bin Mejan
Wakil mediaPERUBATAN Mansurah
0 Comment