Penjelasan Unit Akademik Berkenaan Temuduga Mansoura Medical Academy

Assalamualaikum w.b.t.

Merujuk isu yang berkaitan mengenai temuduga MMA pada Jumaat, 8 April 2011 yang lalu, ramai dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi Perubatan Manchester dan Konvensional di tahun klinikal terutamanya, mempersoalkan keputusan Unit Akademik PCM dan MMA yang hanya mengambil 25 orang sahaja sebagai ahli MMA sedangkan seperti yang dimaklumkan kepada umum asal tujuan penubuhan MMA ialah menjadikan semua mahasiswa/wi tahun klinikal sebagai sasaran MMA.

Maka sebagai ketua Unit Akademik, saya rasa terpanggil untuk memberi penjelasan berkenaan perkara tersebut sebagai mewakili pihak PCM dan MMA.

Pertamanya, kami Unit Akademik telah berfikir sehabis baik dalam bagaimana hendak mewujudkan satu medan bagi mahasiswa/wi tahun klinikal beraktiviti di luar waktu kuliah dan dalam masa yang sama membantu dalam proses pemantapan setiap individu dari sudut akademik. Maka, Mansoura Medical Academy (MMA) adalah hasil buah fikiran tersebut.

Walaubagaimanapun, MMA yang baru sahaja dilancarkan seminggu yang lalu memerlukan masa dan tempoh yang tertentu sebelum menjadi satu medan yang sesuai bagi semua mahasiswa/wi tahun klinikal Universiti Mansurah.

Justeru, hasil perbincangan dengan pihak MMA berpendapat hanya 25 orang yang dirasakan perlu dalam satu jangka masa sebagai tempoh percubaan dan sekaligus untuk disesuaikan dengan aktiviti-aktiviti yang dirangka.

Keutamaan kualiti berbanding kuantiti menjadi teras MMA dan matlamat jangka pendek dan jangka panjang sentiasa dititikberatkan dalam semua aspek perbincangan. Jadi pengambilan secara berperingkat adalah antara langkah yang diambil.

Aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh MMA adalah bersifat sepanjang tahun, maka berpandukan faktor tersebut pihak MMA merasakan temuduga adalah salah satu proses untuk mencari ahli yang boleh memberi komitmen dalam setiap program yang dilaksanakan. Usah khuatir kerana pihak MMA akan menyediakan aktiviti yang terbuka untuk umum juga.

Untuk makluman semua, mahasiswa/wi yang hadir dalam proses temuduga tempoh hari telah menunjukkan semangat dan saingan yang tinggi menyebabkan pihak kami sukar untuk menentukan 25 terbaik daripada hasil temuduga tersebut. Akhirnya, kami bersetuju untuk menambah 5 orang lagi sebagai kelompok pertama yang terpilih seterusnya menjadikan jumlah ahli yang bakal menyertai MMA seramai 30 orang. Pengumuman senarai 30 orang pengambilan kelompok pertama MMA akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Akhir kalam, saya mengharapkan agar semua mahasiswa/wi faham dengan kondisi yang kami hadapi dan terus menyimpan hasrat untuk terlibat sama dalam memajukan Mansoura Medical Academy dibawah pantauan Unit Akademik.

Terima kasih.

At-Taqwa, As-Syifa',Ar-Rahmah

Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati

Mohammad Iskandar Bin Sa’uadi,

Ketua Unit Akademik,

PERUBATAN Cawangan Mansurah 2010/11.
Tags: , , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment