Kenyataan Rasmi Mohon Maaf, Unit Ekonomi

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan Nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan inayahNya, kita sama-sama dapat meneruskan perjuangan menuntut ilmu di Bumi Mansurah setelah bercuti di Malaysia ekoran cetusan revolusi yang berlaku di Mesir pada Februari lepas.

Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini Unit Ekonomi PCM 2010/11 telah mempromosikan khidmat jualan beras buat seluruh warga Mansurah. Namun, berlaku kesilapan teknikal daripada pihak pembekal iaitu beras yang dihantar adalah beras arab. Perkara ini tidak diketahui oleh pihak kami sehinggalah pelbagai aduan yang kami terima daripada para pembeli.

Oleh itu, saya Fatimah Binti Mohd Fauzi, selaku Timbalan Unit Ekonomi PCM 2010/11 menyatakan rasa kesal dan memohon ribuan kemaafan atas kesilapan ini. Kami amat berharap para pembeli meredhai jual beli yang telah dilakukan.

Namun begitu, bagi mana-mana pembeli yang ingin meminta gantirugi, bolehlah menghubungi wakil Unit Ekonomi,PCM iaitu Muhammad Usamah Bin Ilyasak (011-6912765). Bagi membayar kembali gantirugi, kami mengambil keputusan untuk mengikut harga asal beras Arab iaitu 1kg bersamaan LE 3 (mengikut harga terkini di pasaran). Kami akan membayar kembali kepada para pembeli sebanyak LE 20 bagi beras 25kg dan LE 5 bagi beras 5kg.

Tambahan juga, kami akan menempah beras Filipina bagi pusingan kedua, dengan harapan tiada kerumitan yang berulang. Ironinya, semua manusia pasti melakukan kesilapan. InsyaAllah pihak kami akan cuba untuk mengelakkan masalah ini daripada berulang kembali.

Sempena fatrah imtihan yang bakal tiba ini, pihak kami mengucapkan ‘bittaufik wannajah’ kepada semua pelajar Sains Kesihatan di Universiti Mansurah. Semoga kejayaan kita membawa kemaslahatan pada ummah, InsyaAllah.

At-Taqwa, As-Syifa',Ar-Rahmah

Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Fatimah Binti Mohd Fauzi,

Timbalan Ketua Unit Ekonomi PCM 2010/11.



Tags: , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment