[TKS] - Etika Skim Pinjaman Tabung Kasih Sayang 2011

ETIKA SKIM PINJAMAN TABUNG KASIH SAYANG

BIRO KEBAJIKAN PERUBATAN 2010 / 2011


1. Skim Pinjaman TKS ini diwujudkan dengan tujuan untuk membantu ahli-ahli PERUBATAN yang memerlukan wang dengan jumlah yang banyak dalam kadar yang segera.

2. Di antara kes-kes yang memungkinkan seseorang itu untuk memohon pinjaman dari tabung ini ialah:

a. Membayar yuran pengajian.
b. Sakit kritikal yang memerlukan rawatan di hospital.

c. Pulang ke Malaysia atas sebab-sebab kecemasan.

d. Kehilangan duit kerana ditipu, dicuri atau keciciran.

e. Melahirkan anak.

f. Berkahwin.

g. Kes-kes lain mengikut pertimbangan Ketua Biro Kebajikan.


3. Syarat-syarat peminjam :

a. Ahli PERUBATAN.
b. Mampu untuk membayar balik pinjaman dalam masa DUA (2) bulan.


4. Pemohon pinjaman TKS perlulah mendapat jaminan daripada seorang penjamin yang mempunyai syarat-syarat seperti berikut :

a. Penjamin tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemohon.
b. Penjamin mestilah terdiri daripada ahli PERUBATAN yang mendapat tajaan JPA/MARA/Baitulmal atau mereka yang mendapat elaun bulanan sebanyak 220 USD dan ke atas.
c. Penjamin tidak boleh dipaksa untuk menjamin pemohon (atas kerelaan penjamin sendiri).


5. Nilai maksimum pinjaman yang boleh diberikan ialah sebanyak LE1000 atau 50% dari jumlah wang perbelanjaan yang diperlukan oleh pemohon (mengikut nilai mana yang lebih rendah), tetapi keadaan ini tertakluk kepada nilai simpanan semasa TKS.

6. Peminjam perlu membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman dalam tempoh selewat-lewatnya DUA (2) bulan daripada tarikh mendapat pinjaman.

7. Pinjaman yang diberikan oleh biro kebajikan PERUBATAN boleh ditukar menjadi derma sumbangan TKS atas sebab-sebab dan syarat-syarat tertentu mengikut pertimbangan Ketua Biro Kebajikan.

8. Ahli-ahli PERUBATAN yang ingin memohon pinjaman daripada tabung ini bolehlah mendapatkan borang daripada wakil-wakil biro kebajikan PERUBATAN yang telah ditetapkan di setiap tahun pengajian di setiap universiti.

9. Borang yang telah siap diisi dengan lengkap perlu dihantar kepada wakil-wakil biro kebajikan PERUBATAN yang bertugas atau terus kepada:

a. Mohamed Nasarudeen Bin Abdul Hamed 0166445614 Ym: nasa134_leon
b. Nurul Fadhiila Amni Binti Raidi 0116152001 Ym: nurul_fadhiila


10. Bersama risalah ini dikepilkan contoh borang permohonan pinjaman Tabung Kasih Sayang PERUBATAN 2010/2011.




Tags: , , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment