[TKS] - Etika Skim Permohonan Sumbangan TKS 2011

ETIKA SKIM PEMBERIAN SUMBANGAN TABUNG KASIH SAYANG

BIRO KEBAJIKAN PERUBATAN 2010 / 2011


1. Skim Sumbangan TKS ini diwujudkan bertujuan untuk membantu mana-mana ahli PERUBATAN yang memerlukan sumbangan daripada biro kebajikan PERUBATAN. Terdapat dua jenis sumbangan yang disediakan oleh pihak kami.

2. Pertama, ahli PERUBATAN yang dikira layak menerima sumbangan secara automatik akan diberikan sumbangan secara rutin (di mana AJK Tabung Kasih Sayang sendiri telah mengenalpasti mereka yang memerlukan sumbangan secara automatik ini).

3. Kedua, bagi mereka yang tidak layak menerima sumbangan secara automatik, satu peruntukan khas telah diwujudkan untuk membantu mana-mana ahli PERUBATAN yang difikirkan layak untuk menerima sumbangan, seperti mereka yang mengalami keadaan-keadaan seperti berikut:

a. Kematian ahli keluarga terdekat ahli PERUBATAN (ibu, ayah, atau adik-beradik sahaja).

b. Kemalangan yang melibatkan ahli PERUBATAN (nilai bergantung kepada keperluan rawatan dan budi bicara AJKT PERUBATAN).


c. Kes-kes peribadi berkaitan ahli PERUBATAN:

i. Berkahwin
ii. Melahirkan anak

d. Ditimpa musibah sama ada ahli keluarga terdekat atau diri sendiri di Mesir atau di Malaysia. Contoh musibah yang wajar diberikan sumbangan TKS adalah seperti kebakaran rumah, sakit yang kritikal yang memerlukan rawatan di hospital, kehilangan/kecurian wang lebih daripada 500 LE, dan rompakan rumah.

e. Ahli PERUBATAN yang kesempitan wang dari aspek kos sara hidup, pembelajaran, tiada tajaan biasiswa dan sebagainya.

f. Kes-kes lain mengikut pertimbangan ketua/timbalan ketua biro kebajikan.

4. Mana-mana ahli PERUBATAN yang merasakan diri mereka layak untuk menerima sumbangan daripada TKS, anda bolehlah berhubung terus dengan wakil-wakil biro kebajikan PERUBATAN yang telah ditetapkan di setiap tahun pengajian di setiap universiti. Wakil-wakil tersebut juga akan cuba mengenalpasti mana-mana ahli yang dirasakan wajar untuk menerima sumbangan daripada unit kebajikan PERUBATAN.

5. Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut, anda boleh menghubungi:

a. Mohamed Nasarudeen Bin Abdul Hamed 0166445614 Ym: nasa134_leon
b. Nurul Fadhiila Amni Binti Raidi 0116152001 Ym: nurul_fadhiila

Tags: , , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment