Projek Dana PERUBATAN 2011


وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِن
كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ


"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri di akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari kenikmatan kehidupan dunia, dan berbuatlah baik sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu. Janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan."
(Qs. Al Qashash: 77)

Allah SWT mengingatkan kepada hamba-hambaNya agar sentiasa menjadikan kehidupan di dunia sebagai medan untuk merebut peluang untuk beramal soleh sebagai bekalan mereka bagi kehidupan yang abadi di akhirat kelak. Peringatan daripada Allah SWT ini bukan sahaja demi kebaikan dan kemaslahatan umat manusia di akhirat semata-mata bahkan demi keberkatan dan kenikmatan hidup di dunia.

Sejajar dengan itu, Jabatan Bendahari Kehormat PERUBATAN mengambil peluang ini untuk menyeru ahli PERUBATAN keseluruhannya untuk bersama-sama menyambut seruan Allah SWT ini bagi menjayakan Projek Dana PERUBATAN yang telah dilancarkan sejak tahun 2009 yang lalu.

Projek ini merupakan salah satu daripada projek PERUBATAN di bawah seliaan Jabatan Bendahari Kehormat dengan kerjasama semua biro bersama Jabatan Setiausaha Agung PERUBATAN. Projek ini telah diselia oleh Biro Ekonomi PERUBATAN pada dua sesi yang lepas dan telah diambil alih oleh Jabatan Bendahari Kehormat pada sesi ini.

Mengapakah projek ini diwujudkan?


Projek ini diilhamkan demi membantu menambah sumber kewangan persatuan PERUBATAN yang kian berkembang dengan bilangan ahli yang sudahpun mencecah 5000 orang di seluruh Mesir. Selain daripada hasil jualan dan perniagaan yang dijalankan antara persatuan dan ahli, PERUBATAN juga berhasrat untuk mengambil alternatif lain bagi meningkatkan kewangan persatuan dengan mendapatkan dana daripada pihak perseorangan, ahli keluarga ahli mahupun mana-mana syarikat yang sudi menyumbang.

Ke manakah dana ini dialirkan?


Pergerakan kewangan dana ini adalah tidak lain tidak bukan akan kembali kepada ahli-ahli PERUBATAN sendiri sama ada dalam bentuk aktiviti-aktiviti, program-program serta produk-produk keluaran PERUBATAN yang digunakan sebagai modal dan sumber kewangan.

Bagaimanakah projek ini dapat digerakkan?


Para sukarelawan yang sudi dan berminat serta yang dilantik untuk menggerakkan projek ini bebas mencari dana atau sumbangan daripada ahli keluarga terdekat yang berkemampuan, daripada badan-badan bukan kerajaan, ataupun daripada syarikat-syarikat perniagaan khususnya bagi ahli yang pulang bercuti ke Malaysia pada cuti musim panas ini.

Sumbangan tersebut bolehlah disalurkan dalam bentuk barangan, produk atau kewangan untuk program tertentu mahupun kewangan umum.

Setiap sukarelawan pencari dana akan mendapat satu fail berisi surat rasmi PERUBATAN, surat sokongan JPMK [sekarang dikenali sebagai Education Malaysia, EM], kertas kerja dana PERUBATAN, borang sumbangan dan resit rasmi PERUBATAN. Kertas kerja dana PERUBATAN ini mengandungi maklumat-maklumat tentang persatuan, sumbangan-sumbangan persatuan, dan keperluan-keperluan persatuan berupa barangan dan kewangan.

Bagaimanakah prestasi projek ini sejak dilancarkan?


Pada tahun 2009, hasil kutipan Projek Dana PERUBATAN adalah sebanyak LE 8, 400.85. Manakala pada tahun 2010, hasil kutipan yang diperolehi adalah sebanyak LE 10, 238.60. Peningkatan prestasi kutipan dana sepanjang tempoh 2 tahun ini menunjukkan kesungguhan dan keprihatinan ahli untuk menjana kewangan PERUBATAN demi melihat kemajuan dan pembangunan ahli dan persatuan.

Apakah insentif yang ahli PERUBATAN akan perolehi dengan menjadi sukarelawan?


Pihak PERUBATAN berbesar hati untuk menganugerahkan sijil penghargaan bagi semua ahli PERUBATAN yang sudi untuk menjadi sukarelawan bagi projek dana ini.

Kami berharap melalui projek ini, ahli-ahli PERUBATAN yang menjadi sukarelawan dapat menambah pengalaman serta menyemai sikap berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan bukan semata-mata ingin mendapatkan balasan di dunia sahaja malah yang lebih penting semoga ia akan menjadi saham amalan kebaikan kita di akhirat kelak,

Semoga dengan itu, perasaan sayang akan persatuan PERUBATAN dapat dipupuk dalam diri setiap ahli demi menjaga kebajikan semua ahli di seluruh Mesir serta menjadi usaha kita bersama dalam merealisasikan 3 agenda utama PERUBATAN sesi 2011/2012 iaitu akademik, kebajikan serta kesatuan bertepatan dengan tema PERUBATAN sesi ini, Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati.

Dengan ini, pihak PERUBATAN dengan sukacitanya ingin meneruskan Projek Dana PERUBATAN bagi sesi 2011 dengan membuka tawaran kepada semua ahli tidak kira di mana anda berada untuk bersama-sama menjana ekonomi dan kewangan PERUBATAN demi kebaikan kita bersama sebagai pelajar sains kesihatan di Mesir.

Kepada siapakah yang perlu dihubungi untuk menjadi sukarelawan?


Ahli-ahli PERUBATAN di muhafazah Kaherah yang berminat untuk menjadi sukarelawan boleh menghubungi:

Mohd Hilmi bin Mohd Hatta (+2014 1126095 | aljawal07@yahoo.com.my)
Siti Khadijah binti Daud (+2011 7285756 | siti_k18@yahoo.com)
Najihah binti Husain (+2016 4424586 | gie_cepi2@yahoo.com)

Bagi yang berada di muhafazah Iskandariah, boleh menghubungi Jabatan Bendahari PERUBATAN Cawangan Iskandariah [PCI]:

Muhammad Yadiy bin Abdullah (+2011 3187786 | mya_0810@yahoo.com.my)
Nur Asilah Bt Abu Bakar (+2014 6448394 | mujidd@yahoo.com)

Bagi yang berada di muhafazah Mansurah, boleh menghubungi Jabatan Bendahari PERUBATAN Cawangan Mansurah [PCM]:

Mohammad Rafiq bin Abdul Hir (+2011 2768512 | afiqk_ra010@yahoo.com)
Azimah binti Zahari (+2011 4455725 | azimah_zahari@yahoo.com)

Bagi yang berada di muhafazah Tanta, boleh menghubungi Jabatan Bendahari PERUBATAN Cawangan Tanta [PCT]:

Muhammad Irfan bin Abdul Hamid (+2014 7903316 | juggerbash_89@yahoo.com)
Khadijah Nurjannah binti Mohd Habibullah (+2011 0386598 | success_eja@yahoo.com)

Bagi yang berada di muhafazah Zaqaziq, boleh menghubungi Jabatan Bendahari PERUBATAN Cawangan Zaqaziq [PCZ]:

Mohd Syahmi Amir bin Md Razali (+2014 6456646 | arm_mey@yahoo.com)
Nurul Farhana binti Zainudin (+2014 1224313 | echo_na2@yahoo.com)

Sesungguhnya pihak PERUBATAN amat berbesar hati jika mendapat kerjasama yang baik daripada semua ahli dan bagi mewakili pihak PERUBATAN, saya ingin mengucapkan jazakumullahu khairal jaza’. Hanya Allah Taala sahaja yang mampu memberi ganjaran atas pertolongan kalian sebaik-baiknya, insyaAllah.

Wallahua’lam.

Taqwa, Syifa’, Rahmah

Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati
Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment