[BERITA] - MMA Turun Padang Tabur Bakti

14 Mei, Mansurah – Mansoura Medical Academy di bawah kelolaan Unit Akademik PERUBATAN Cawangan Mansurah buat julung kalinya telah ‘turun padang’ bagi menabur bakti dengan memberikan taklimat kesihatan dan pemeriksaan kesihatan kepada warga Malaysia di Mansurah.


Program pada hari tersebut yang pada asalnya merupakan program Motivasi Cemerlang Gegar Q’2 anjuran Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM). Majlis yang dianjurkan di Dewan Persada Al-Jaziratul Al-Ward itu bermula dengan slot pengisian motivasi daripada fasilitator DPMM.

Majlis kemudiannya diserahkan kepada pasukan Mansoura Medical Academy PCM dengan taklimat kesihatan berkaitan kencing manis yang disampaikan oleh Pengarah Mansoura Medical Academy sendiri, saudara Mohd Firdaus bin Mohd Yusof. Taklimat tersebut disampaikan dalam bentuk persembahan multimedia power point dan audio visual.

Slot kesihatan diteruskan pula dengan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada peserta yang hadir pada majlis tersebut. Sebanyak lima jenis kaunter kesihatan yang disediakan, bermula dengan pemeriksaan Body Mass Index (BMI), pemeriksaan Blood Pressure, kemudian pemeriksaan Blood Glucose, serta pemeriksaan Ear,Nose & Throat (ENT) dan akhir sekali merupakan kaunter khidmat nasihat kesihatan. Peserta dibahagikan mengikut jantina masing-masing di dua tempat yang berlainan.


Kaunter khidmat kesihatan bahagian lelaki diambil alih oleh saudara Mohd Faisal ‘Arif bin Tarmizi, pelajar tahun 6 Perubatan Konvensional. Setiap peserta yang hadir diberikan satu borang khas yang disediakan dan mereka perlu menjalani pemeriksaan dari satu kaunter ke kaunter yang seterusnya mengikut turutan.

Borang yang diberikan akan diisi oleh setiap pemeriksa kesihatan dengan data maklumat pemeriksaan bagi setiap peserta, dan akhirnya akan dinilai di kaunter khimat nasihat.

“Pihak MMA bersyukur dan berterima kasih kepada ahli jawatankuasa DPMM kerana telah menjemput kami bagi mengisi slot kesihatan pada kali ini. InsyaAllah usaha kecil yang dapat kami sumbangkan ini sedikit sebanyak dapat membantu kita mencegah penyakit dari awal, kerana sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati” ujar Pengarah MMA dalam taklimat beliau.


Disediakan Oleh:

Muhammad Zaki bin Zainal Abidin,
Ketua Unit Penerbitan & Penerangan,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2010/11.

*Gambar sekitar program boleh didapati pada album facebook & picasa PCM
Tags: , , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

1 Comment

  1. nanti buat lagi yerk rawatan kat kami sahabat2 drpd dpmm!!!
    best kene amik darah...
    nak kene turn berat badan pulak???
    syukran yerk

Post a Comment